INFO


Sila renung-renungkan..... dan selamat beramal..... Terima kasih.........

My Clock

Wednesday, February 11, 2009

BERITAHU MUSLIMAH

Beritahu pada Muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.
Beritahu pada Muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada Muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada Muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada Muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada Iman.......

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih