INFO


Sila renung-renungkan..... dan selamat beramal..... Terima kasih.........

My Clock

Tuesday, February 17, 2009

Jenis Darah Refleksi Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut diJepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir didalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenaikeperibadian individu itu sendiri.
Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagaiindividu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dankebolehan diri sendiri.Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadiketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yangmelibatkan kerja-kerja berkumpulan.Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamattersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memilikisifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalampersaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidakdikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemarmelakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diridengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu danternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itumelambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memilikikeperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil danterlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untukberehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan keranaterlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesadengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yangterlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalammelaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemarmelaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatifdan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apajua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yanggemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampumendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahanpada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yangberada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamujuga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikapmenghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamuperlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih