INFO


Sila renung-renungkan..... dan selamat beramal..... Terima kasih.........

My Clock

Wednesday, February 11, 2009

Hadis Renungan

''Sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyakan ingat kepada maut dan membaca al Quran'' - hadis riwayat Baihaqi
jagalah keturunan mu,, jgn kamu lalai dari tangungjawab kamu,, jgn kerna keluargamu,, dirimu ditarik oleh2 keluargamu ke lembah neraka,, jagalah org2 terdekat kamu dri melakukan kebencian allah,,, maksiat didunia mmg indah,, jika dipamirkn keadaan diakhirat kelak,, x de spa y ingin melakukan maksiat didunia ini,, truknya azab bagi yang melakukan maksiat,, bl nak sentuh bab aurat,, ramai yg xkisah
mengapakah aku baru tau ini semuaaa??tidakkkkkkk!! ........... ........ ......... ........ .... perkataan BYE merupakan jarum sulit org kristian...didlm bahasa Arab b'maksud " fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di bwh naungan pope(paderi) . jd foward dan sebarkan kepada semua shbt2 anda.semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain.wassalam. Wallahualam. . Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum . .. Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat... (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al – Quran "
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :
"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata : "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih