INFO


Sila renung-renungkan..... dan selamat beramal..... Terima kasih.........

My Clock

Tuesday, February 24, 2009

MENCURI DAN HUKUMANNYA

JENAYAH DALAM ISLAM
MENCURI DAN HUKUMANNYA
DEFINASI MENCURI (SARIQAH)
Ulamak mendefinisikan sariqah sebagai “mengambilharta benda orang lain dengan secara sembunyi daripada barang yang tidak diberi amanah kepadanya atau mengambil harta benda orang lain yang cukup nisab oleh orang yang telah baligh dan berakal dengan cara senyap-senyap daripada simpanannya dengan tidak ada kesamaran.
Dengan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa rukun bagikesalahan mencuri yang telah dipersetujui oleh ulamak feqah ialah :
1. Kecurian itu dilakukan ke atas harta kepunyaan orang lain.
2. Kejadian curi berlaku dengan senyap-senyap.
3. Kecurian itu berlaku ke atas harta benda yang tidak diamanahkan kepadapencuri itu.
4. Dilakukan dengan adanya niat sengaja.
ManAkala perkara-perkara yang dipertikaikan oleh ulamak ialah :
1. Mencuri daripada simpanan
2. Nisab barang yangdicuri
3. Jenis-jenis barang yang dicuri
Rukun-Rukun Mencuri Yang Dipersetujui Oleh Ulamak
1. Harta benda yang dicuri itu kepunyaan orang lain. Yang dikatakan mencuri yang sebenar mestilah barang yang dicuri itu hakmilik orang, bukan hak miliknya. Ini bermakna kalau pencuri itu sama-sama mempunyai hak milik barang curian
maka ulamak, mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
Abu Hanifah dan Al-Syafie berpendapat jika pencuri itu mencuri barang yang sama-sama dimiliki maka pencuri tidak dikenakan potong tangan kerana tuan pemilik barang itu tidak dianggap mencuri barangnya sendiri.
Berasaskan kepada pendapat ini maka pencuri yang mengambil barang di bawah ini tidakdihukum potong tangan :
i. Jika mencuri dari baitul-mal kerana tiap-tiap seorang mempunyai milik dari baitul-mal.
Diriwayatkan bahawa pegawai Saidina Umar telah menulis surat kepadanya bertanyakan orang yang mencuri sesuatu dari baitul-mal, maka Umar menjawab jangan potong tanganya, kerana tiap-tiap seorang mempunyai hak daripadanya.
ii. Seorang yang memberi pinjaman itumencuri dari orang yang berhutang kepadanya bersamaan dengan nilaihartanya yang ada pada orang yang berhutang.
iii. Seorangmencuri dari barang yang diberi pinjam kepada seorang kerana seolah-olah dia mengambil dari kepunyaan sendiri.
Oleh kerana pengambilan harta antara keluarga juga ada kesamaran tentang hak milik maka eloklah kita bincangkan perkara-perkara :
a. Pencuri diantara suami dengan isteri. Ada tiga pendapat tentang kecurian diantara suami dengan isteri:
i. Boleh dihukum potong tangan kepadapencuri kerana walaupun ada hubungan nikah tetapi nikah satuperjanjian untuk memberi nafkah dan tidak menggugur hukuman potongtangan ke atas pencuri (suami mencuri harta isteri dan sebaliknya)
ii. Kedua belah pihak tidak boleh dikenakan hukuman potong tangankerana si isteri berhak mendapat nafkah dari suaminya, manakala suamipula berhak untuk menahan isterinya di rumah dan menegah isterinyadaripada membelanjakan hartanya.
iii. Suami mencuri harta isteri dihukum potong kerana suami tidak ada hak dalam harta isterinya,manakala isteri yang mencuri harta suaminya tidak boleh dihukum potong kerana isteri mempunyai hak milik harta suaminya dengan memberi nafkah.
b. Mencuri di antara anak dengan ibubapa.
Begitu juga ulamak mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai kecurian yang berlaku di antara bapa mencuri harta anak-anaknya dengan anak mencuri harta bapanya.
Pendapat mazhab Hanifiah dan Syafie : Jika anak mencuri harta bapahingga ke atas (datuk dan seterusnya) ataupun bapa mencuri hartaanaknya hingga ke bawah (cucu dan seterusnya) tidak dikenakan hukuman potong tangan kerana adanya kesamaraan tentang hak milik di antarakedua-dua pihak, berdasarkan sabda Rasulullah
Maksudnya : Kamu dan harta kamu adalah bagi bapa kamu.
Pendapat Imam Malik juga begitu bahawa bapamencuri harta anaknya tidak dihukum potong tangan kerana hadith diatas.
Tetapi jika anak mencuri harta orang tuanyamenurut pendapat ini dipotong tangannya kerana si anak tidak ada hakdalam harta benda bapanya.
2. Mengambil dengan cara senyap-senyap. Yang dikatakan curi sehingga pencuri itu dikenakan hukuman potong tangan mestilah mengambil barang itu dengan cara senyap-senyapatau sembunyi bukan dengan cara terang seperti merampas, menipu,memaksa dan sebagainya. Ini semua tidak dianggap mencuri. Sebab ituorang-orang yang mengambil harta benda dengan terang itu tidak bolehdihukum potong tangan mereka kerana harta yang diambil itu bolehdipulangkan dengan pertolongan pemerintah.
Lagipun pesalah-pesalah itu dapat diketahui oleh tuan punya harta benda, sedang pencuri tidakdapat dikesan dan apabila dapat dikesan maka patut dihukum potongtangan.
3. Jumhur ulamak mengatakan bahawa orang yang telah diberi amanah untuk menjaga harta benda itu tiba-tiba mencuri barangitu maka ia tidak boleh dikenakan hukuman kerana orang itu telahdiberi amanah untuk menjaganya. Ia tidak boleh dikenakan hukuman hadtetapi dikenakan hukum takzir disebabkan bukan kerana kesalahan mencuri bahkan kerana kesalaha pecah amanah.
4. Niat sengajamencuri. Apa yang dimaksudkan dengan adanya niat mencuri itu ialahapabila seorang yang mencuri barang itu mengetahui barang yang diambilitu adalah diharamkan dan juga tujuan diambil barang itu untukdimilikinya tanpa pengetahuan dan kerelaan tuan punya barang itu. Olehitu jika seorang itu mengambil barang orang yang disangkanya sudahdibuang oleh tuannya atau disangkanya barang itu diharuskan kepadanya
maka yang mengambil barang itu tidak di hukum had.
Begitu juga seorangyang mengambil suatu barang kepunyaan orang lain bukan untuk tujuandimiliki tetapi hanya untuk diperiksa atau digunakan dan selepas itudipulangkan semula, semuanya itu tidak dikira sebagai mencuri.
Selain dari itu pencuri yang boleh dikenakan hukuman potong tangan itu mestilah seorang yang mukallaf iaitu baligh, berakal dan melakukan jenayah itu dengan kehendaknya sendiri bukan dipaksa orang.
Sebab itu pencuri yang gila atau kanak-kanak atau yangkurang akalnya, tidak boleh dihukum potong tangan walupun diamengambil barang orang dengan cara senyap-senyap dengan tujuan untukmemilikinya.
Begitu juga orang yang dipaksa mencuri dengan carakekerasan seperti diugut akan dibunuh kalau tidak mencuri, ia tidakboleh dihukum had. Orang yang terpaksa mencuri kerana terlalu laparatau dahaga sehingga ditakuti boleh membawa maut, juga tidak bolehdikenakan hukuman had, walaupun kes-kes yang di atas itu terlepasdaripada hukuman had tetapi pesalah-pesalah tersebut boleh dijatuhkan hukuman ta’zir.
Rukun-Rukun Curi Yang Dipertikaikan Oleh Ulamak
1. Mengambil dari simpanannya.
Ertinya tempat untuk menjagabarang yang disimpan : manakala dari segi syarak suatu tempat menjagaharta pada kebiasaannya seperti rumah, kedai, khemah atau orangnya
sendiri.
Ahlu’l-Zahir dan satu golongan ajli al-Hadith mengatakanbahawa hukuman potong tangan itu dikenakan ke atas orang yang mencuribarang yang cukup nisab walaupun dia mencuri barang yang tidak darisimpanannya.
Manakala kebayakan ulamak bersetuju bahawa yang dikatakan curi itu mestilah barang itu dicuri dari simpanannya.
Bagaimana sabdaRasulullah :
Maksudnya : Tidak wajib dipotong tangan kerana mengambil buah yang tergantung di atas pokok.
Ada dua jenis tempat simpanan :
i. Tempat yang dikhaskan untuk menyimpan harta benda seperi rumah-rumah, gedung dan peti-peti.
ii. Penjaga seperti orang yang duduk di jalan bersama-sama dengan barangnya walaupun barang-barangnya terdedah tetapi dianggap dalam simpanan kerana ada penjaga bersama, yang manaRasulullah telah memotong tangan pencuri kasut kepunyaan Safwan binUmayyah yang diletakkan di bawah kepalanya sedang tidur dalam masjid.Rumah-rumah di anggap tempat simpanan mestilah ditutup semua pintu dantingkapnya. Begitu juga pencuri itu mestilah telah keluar dari rumahbarulah dianggap mencuri yang boleh dihukum potong tangan.
2.Nisab barang kecurian :
Barang yang diambil itu mestilah sampai kepadanisabnya. Kalau kurang daripada nisab maka tidak boleh dihukum potongkepada pencuri mengikut pendapat jumhur ulamak. Ada ulamak yang tidakmensyaratkan nisab yang tertentu asalkan mencuri walau sedikitsekalipun boleh dikenakan hukuman had.
Di antara mereka ialah al-Hassan al-Basri dan al-Khawarij yang berdasarkan kepada umumnya ayat al-Quran.
Maksudnya : Dan pencuri lelaki dan perempuan maka potonglah tangan mereka. Ada dua pendapat mengenai kadar nisab :
i. Pendapat mazhab Syafie dan Maliki
nilai barang yang dikenakan hukuman potong tangan ialah 3 dirhamdaripada perak atau ?dinar daripada emas, berdasarkan kepada riwayatdaripada Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah memotong tangan pencuri majan (makanan yang boleh menguatkan untuk berperang) yangberharga 3 dirham.
ii. Mazhab Hanafi berpendapatnisab curi yang boleh dikenakan potong tangan ialah sebanyak 10(sepuluh) dirham berasaskan kepada hadith riwayat Abdullah binMas’ud. 3. Barang itu mempunyai nilai dalam Islam, ertinyatidak diharamkan seperti khamar dan khinzir. Sebab itu pencuri kepadabarang itu tidak boleh dihukum potong tangan. Begitu juga barang yang diharamkan
Yang Mensabitkan Kesalahan Mencuri :
i. Ikrar-pengakuan dari pesalah itu menjadi bukti kesalahannya. Ulamak berbeza-beza pendapat mengenai bilangan pengakuan. Menurut mazhab Hanafi,Shafie dan maliki Hanbali pula mengatakan pengakuan itu mestilahdibuat sebayak dua kali dalam dua majlis yang berasingan. Tetapi jikamenarik balik akuannya sebelum dihukum potong maka terlepas darihukuman, kerana dengan menarik balik akuannya menunjukkan adanyakesamaran tentang kesahihan ikrar.
ii. Disabitkankesalahan sariqah dengan 2 orang saksi lelaki yang adil. Tidakditerima saksi perempuan dan yang fasiq. Jadi kenalah hakimbertanyakan saksi itu dari segi barang-barang yang dicuri, carakecurian, tempatnya, masanya kecurian dan apakah hubungan antara yangkena curi dengan pencuri. Kalau saksi itu memberi keterangan yangberlainan di antara mereka maka pencuri itu tidak boleh dihukum potong tangan.
Hukuman Bagi Kesalahan Mencuri.
1. Hukuman keranakesalahan mencuri ialah potong tangan berdasarkan kepada firman
Allah : Maksudnya : Pencuri laki-laki dan pencuri perempuanmaka potonglah kedua-dua tangan mereka sebagai balasan dengan apa yangdilakukan dan sebagai siksaan dari Allah.
Anggota Yang Dipotong.
Menurut mazhab Maliki, Shafie dan satu pendapat dalam mazhab Hanbali bahawa anggota yang dipotong itu ialah keduabelah tangan dan kedua belah kaki, ertinya jika mencuri kali pertama maka hukumannya ialah potong tangan yang kanan pada kali keduadipotong kaki kirinya. Jika mencuri lagi kali ketiga dipotong tangankirinya dan jika mencuri lagi pada keempat kalinya maka hukumandipotogn kaki kanan pula. Dan jika mencuri lagi, lepas kali keempatmaka dipenjara sehingga mati atau sehingga bertaubat.
Manakala mazhabHanafi dan satu riwayat dari mazhab Hanbali mengatakan bahawa anggotayang dipotng ialah tangan kanan dan kaki kiri. Kalau mencuri lagiselepas dua kali itu maka tidak boleh dihukum potong bahkan dipenjaraselama masa yang tertentu sampai mati atau sehingga dia bertaubat.
Had yang dipotong daripada tangan ialah di pergelangan tangan dan had yangdipotong daripada kaki ialah di buku lali mengikut semua ulamak empatmazhab, kerana apa yang dinamakan tangan sekurang-kurangnya ialah tapak tangan dan jari-jari dan sekurang-kurangnya kaki ialah tapakkaki dan jari-jari kaki, begitu juga kerana mengikut apa yangdiamalkan dalam zaman Rasulullah s.a.w. dengan memotong di kedua-duasendi tersebut. Sesudah dipotong tangan pencuri itu hendaklah dijagasupaya darahnya tidak tumpah banyak.
Mengikut Imam Shafie dan Ahmadtangan yang telah dipotong itu hendaklah digantung dileher pencuriuntuk menakut-nakutkan dan menjadi iktibar, menurut Hadith yangdiriwayatkan oleh Turmizi bahawa “Seorang pencuri telah dibawamengadap Rasulullah kemudian dipotong tangannya dan digantungkan tangan itu dilehernya.
Imam Hanbali tidak menetapkan lama masadigantungkan tangan itu, manakala Imam Syafie menetapkan selama satujam lamanya, sedangkan Imam Malik dan Hanafi tidak menyebutkan tentangdigantungkan tangan itu di leher.
2. Barang yang dicuri itu dipulangkan setelah pencurinya dipotong tangan.
Ada tiga pendapat dalam masalah ini :
i. Pendapat Imam AbuHanifah jika barang yang dicuri masih ada tidak rosak maka bolehdiambil balik tetapi jika telah digunakan maka tidak kena(jaminan).
ii. Mazhab Maliki, kalau pencuri itu kayamaka kena menjamin kerosakan barang-barang yang dicuri, jika pencuriitu memang susah maka tidak payah dipulang barang-barang yang telahdicuri itu.
iii. Manakala pendapat Syafie pencuri itudikenakan bayar gantirugi walaupun barang telah rosak. Diriwayatkanbahawa Nabi apabila telah memotong tangan orang yang mencuri kasutSafwan telah juga memulangkan kasut itu kepada Safwan. Manakala hujahyang mengatakan tidak perlu dipulangkan barang yang dicuri jikapencurinya telah dipotong. Firman Allah :
Hukum potong tangan adalah sebagai balasan kerana perbuatan mencuri jika pencuri telah dihukum, maka tidak perlulah dikembalikan curiannya kerana jika dikembalikan barang curian selepas pencuri itu dihukumseolah-olah melebihi dari hukum yang disebutkan dalam nas.
Hadith riwayat al-Nasai daripada Abdul Rahman bin ‘Auf berkata bahawaRasulullah bersabda : (maksudnya ) Tidak didenda pencuri jika ia telahdihukum potong.
Dari keterangan yang disebutkan bolehlah dirumuskan bahawa :
1. Ulamak feqah memberi keterangan yang detailmengenai apa yang dikatakan pencuri sehingga pesalah itu boleh dihukumpotong, hinggakan begitu susah hendak menghukum pesalah mencuri,kerana tujuannya untuk menjaga kesalahan tubuh badan daripada dihukumdengan tersalah dan supaya suatu kes itu diselidiki dengan teliti danberhati-hati. Dengan penelitian itu agak sukar untuk menjatuhkan hukumpotong tangan. Dengan sendiri hukum potong dikenakan hnaya pada kes-kes yang benar-benar jelas.
2. Pencuri-pencuri itu hanya bolehdihukum potong apabila semua ulamak bersepakat dalam masalah-masalahberhubung dengan apa yang dikatakan pencuri. Kalau ulamak tidaksepakat maka hukuman potong tidak boleh dijalankan, kerana tiap-tiapyang dipertikaikan itu adalah tidak muktamad, samar-samar dan perkara-perkara yang syuhabat itu boleh menggugurkan hukuman asal.
3.Tujuan dikenakan hukuman potong pada pencuri ialah untuk menakut-nakut orang dan menggerunkan. Jadi walaupun yang kena potong tangan itusedikit tetapi sudah cukup untuk menakutkan orang daripada melakukan.Mengikut kajian bahawa negara yang mengamalkan hukuman ini terdapatpencuri-pencuri yang sedikit jika dibandingkan dengan negara-negarayang moden. Ini menunjukkan berkesannya hukuman yang keras walaupunyang terkena hukuman hanya sedikit sahaja.
Suatu kes itu dianggap kecurian apabila sempurna rukun kesalahan curi. Jikaterkurung daripada rukun tersebut atau yang menjadi perselisihanulamak maka terlepaslah pesalah itu daripada hukum potong tetapisungguhpun demikian tidak terlepas daripada hukuman ta’zir.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih