INFO


Sila renung-renungkan..... dan selamat beramal..... Terima kasih.........

My Clock

Monday, February 16, 2009

TAHUKAH KITA SEJARAH HARI KEKASIH??

Antara sejarah sambutan hari ini adalah:
Valentine atau disebut juga Valentino adalah nama seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan agama Kristian di Rom, iaitu ketika pemerintahan raja yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Raja Rom memenjarakan ramai orang Kristian kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan agamanya.
Paderi Valentino juga tidak terkecuali dari tindakan itu. Walaupun berada dalam penjara, paderi Valentino tetap juga menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan penjara. Kegiatan ini diketahui oleh Raja Rom yang tidak suka agama Kristian disebar dalam negaranya, lalu beliau sekali lagi diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Februari 296M.
Orang-orang Kristian menganggap paderi Valentino merupakan seorang yang mulia, kerana sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian dan penganut-penganutnya. Justeru pengorbanan yang begitu besar, paderi Valentino diberi gelaran St atau kedudukannya sama dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya.
Bagi mengingati St. Valentino, maka pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau. Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara.
Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh.
Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Inilah antara sejarah meraikan hari valentine. Jadi kita sebagai penganut agama Allah ini janganlah sesekali meraikannya. Sebagai seorang muslim, mungkin kita bertanya lagi, mengapa perayaan memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain.


Bagi menjawab kekeliruan tersebut dinyatakan beberapa fakta dibawah.

1. Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatinya oleh nabi. Dalam sebuah hadis, baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya fitrah dan Hari Raya korban. (al-Bukhari 952, Muslim 189200).

2. Kita dilarang keras meniru kaum musyrikin. Sesiapa meniru budaya sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kaum itu. Banyak ayat al-Quran dan hadis melarang amalan meniru, seperti sabdanya: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam kaum itu.

3. Percintaan yang dimaksudkan pada Hari Kekasih ini terlalu umum dan melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang, tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi hendaklah berjalan di bawah payung imam dan takwa.


Berpandukan alasan-alasan tersebut di atas, ulama Islam sepakat memfatwakan haram bagi masyarakat Islam ikut serta merayakan Hari Kekasih, menyambut ucapan dan melakukan perbuatan yang menjadi syiar hari itu, seperti menghadiah bunga ros, meniup belon merah, memakai blaus merah dan sebagainya. Antara ulama yang memfatwakan haram menyertai perayaan ini ialah Dr. Saud Salleh dari Universiti Azhar, Syeikh Uthaimin dari Majlis Fatwa Saudi Arabia, Syeikh Jabrin dan lain-lain.
Kita mampu mengubahnya! Renung-renungkan dan selamat beramal.....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih